Archive for the ‘haiwan’ Category

Sugar Glider

July 23, 2010












SUGAR GLIDER INFO:
Nama saintifik : Petaurus breviceps
Asal : Australia, Papua New Guinea & Indonesia.
Keturunan : Kangaroo ( betina ada poket macam kangaroo untuk letak baby SG )
Jenis : Exotic Animal
Jangka Hayat : 10-15tahun (info dari internet, tak pasti betul tak)

Hari ni aku nak ceritakan pasal anak aku iaitu seekor SG (sugar glider) atau name yg aku beri “Chupmunk”. Nama panggilan pon ada tau, aku panggil ‘mamunk’ je selalu. Aku dah bela mamunk ni 7bulan dah dari hujung tahun lepas lagi. Sekarang ni dalam proses nak menjadi matang la minah kecik tu. Betina lambat sikit matang berbanding jantan. Kalau jantan 5-6bulan dah matang, tapi betina 8-10bulan baru matang. Sepanjang aku jaga & bela & didik sugar glider nie, serius aku cakap sugar glider ni macam manusia yang sangat-sangat sensitif. Sensitif maksud aku tu macam sugar glider tak suka diganggu bila tidur. SG akan marah2 macam barking bila terasa terganggu. Hari pertama aku bela, aku rasa nak buang je SG aku ni sebab garang gila2 la. Sampai nak pegang pon aku rasa takut lagi2 bila dia marah. Tapi tulah aku cakap, SG ni macam manusia yang perlukan belaian & didikan jugak. Adelah dalam sebulan baru aku dapat jadikan SG aku ni baik & manja dengan aku. Hari2 aku akan belai dia, main-main dengan dia supaya SG dapat cam bau badan tuan dia. So bila dia dah cam tuannya, dia akan jadi binatang yang sangat2 manja. Macam sekarang, punya la manja SG aku ni, sampaikan tiap kali aku main-main dengan dia mesti rasa nak makan je or picit2 dia sebab kecomelan n kemanjaan die tu buat aku jadi geram. Hahaha! :P

Dari segi penjagaan, aku rasa tak susah pon nak jaga sebab siang dia akan tidur jer. Waktu malam jela waktu untuk luangkan masa dengan SG ni. Untuk sape2 nak bela SG ni, kene sediakan masa la sikit untuk SG anda ye sebab SG kan macam manusia, dia perlukan belaian & tumpuan dari tuannya. Kalau tak, SG akan rasa stress & akan cepat mati. Jadi elakkan SG dr rasa stress, baru dia akan happy go lucky selalu.. :) Untuk makanan pulak, takdelah mahal mana pon nak belikan makanan untuk dia. SG ni makan epal, pear, buah naga, sayur-sayur macam sengkuang, madu, & yang manis-manis la sebab SG suka makanan yang manis. Ulat kecik / mealworm pon SG makan untuk sumber protein dia. Kena tengok jugak makanan yg diberi sebab SG ni perlukan makanan yg seimbang mcm protein, kalsium, vitamin n lain-lain la. Yogurt pon aku beri kat SG aku. Tapi SG aku makanan utama dia skrg ni roti gardenia yang dicelup dalam air kosong campur madu. Memang suka gila-gila dia makan. Mealworm pulak aku beri dalam 5-10 ekor sehari & jus epal pon aku beri. Macam2 makanan la yg aku beri supaya SG tak bosan dgn makanan dia. Baru la dia happy selalu. Ade macam bela anak x? hahaha

SG ni sebenarnya tak elok bela sekor2 jer. Paling kurang kena bela scara berpasangan. Barulah SG tu tak bosan. Macam manusia jugakla, perlukan pasangan untuk hidup. Kalau tak mula bosan jer kan.. Tapi aku pon bela sekor2 je cuma pasangannya aku da carikan. Tunggu masa nak kawen kan dorang & dapatkan baby untuk SG aku & cucu kepada aku. hahaha.. Cage pon seeloknya beli la yang 3kaki punya supaya SG senang nak main-main waktu kita tidur. Jadi untuk sape2 nak bela SG tu, permulaan je mahal sikit kos sebab harga seekor baby SG pon paling murah rm200. Cage & aksesori lain macam pouch jalan2, pouch tidur & makanan dia ade dlm 200++ jugak. Jadi untuk sapa2 yang nak cuba bela SG, boleh la pergi kat petshop yer..Tak pon google kat internet kat mana jual SG nie. Kot2 nak tukar selera dari bela binatang lain ke bela SG pulak.. So tu jelah sedikit info dari aku pasal sugar glider nie.. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : naimaisamuddin@gmail.com | andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
FB : Naim Aisamuddin Abdul Razak
ym : itikserama


Hanyalah penyeri

February 4, 2010



Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku..

ps : semoga hidup ini terus diberkati.. Amin.. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Kembali normal..

January 5, 2010

Kehidupan aku dah kembali seperti normal semula. Pagi2 dah kena bukak mata luas2 sampailah petang baru boleh tidur semula. Pagi2 dah kena memerah otak untuk terima ilmu yang sejujurnya aku teramat malas nk terima sebab otak ni masih dalam mood bercuti. Hehehe. Terasa tertekan pulak bila fikir pagi2 dah kena bangun, tak macam waktu cuti boleh bangun tengahari tiap2 hari. Malam2 pulak kena tidur awal, tak macam waktu cuti boleh tidur lewat & ‘ngeteh’ dengan member sampai pagi buta. Susah betul nak tukar waktu ni rupanya… *sigh

ps : keluhan tika saat bosan..

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes