
Alhamdullilah syukur hari ni dah hari ke7 umat islam di Malaysia berpuasa. Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. Dan selamat berpuasa juga bagi yang wajib puasa dan mampu berpuasa. InsyaAllah bulan yang baik dan mulia ni sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kebajikan dan kebaikan kerana sesungguhnya balasan pahala amalan sunat di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib, sementara amalan wajib akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. MasyaAllah! Cukup indahkan Islam ni. Cuma tuhan tak tunjuk je pahala tu depan mata kita. Cuba bayangkan kalau pahala tu umpama duit ada depan mata, dah pasti semua orang akan kutip duit tu sebanyak mungkin untuk menjadi kaya. Semoga kita semua dapat beribadat kepadaNYA dengan hati yang ikhlas dan tawaduk..












Minggu ni juga minggu terakhir aku berpraktikal di SK Seri Chempaka untuk kali keduanya. Alhamdulillah selama 8minggu aku berada kat sekolah ni semuanya ok dan seronok juga. Sekarang ni pon dah teras sedih pulak nak tinggalkan sekolah tu & rasa malas nak masuk IPG pon ada juga ni sebab dah seronok jadi cikgu tetiba nak kena jadi student semula memang 1 perkara yang tak indah langsung. Apa-apapon aku ucapkan terima kasih bebanyak khususnya kepada semua murid-murid yang aku ajar dan amnya kepada semua murid dan guru SKSC sebab dah banyak membantu aku sepanjang kat sana. Mesti lepas ni aku akan rindukan murid-murid aku terutama budak2 2b1, 2b3 & 5b2. Walaupon sepanjang praktikal ni aku ada terasa & marah dengan dorang lagi-lagi waktu aku kene observe, tapi tanpa dorang memang tak lancar la praktikal aku. InsyaAllah ada masa lagi cikgu ajar korang semua lagi & semoga berjumpa lagi nanti.. Thanks warga SKSC
ps : aku rindukan temerloh!!
Regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : naimaisamuddin@gmail.com | andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
FB : Naim Aisamuddin Abdul Razak
ym : itikserama
























































































