Archive for December, 2009

Wedding : Effa & Nasran

December 30, 2009










Ini merupakan perkahwinan terakhir yang aku shoot untuk tahun 2009 ni sebelum datangnya 2010. Alhamdullilah sepanjang shoot tak de apa yang menghalang & cuaca pon baik jer, tak panas & tak hujan. Terima kasih kepada pihak pengantin & family sepanjang job ni.
Sebelum berlabuhnya 2009 ni, sebenarnya banyak menda yang aku belajar sepanjang tahun 2009 ni. Sangat bermakna & bererti lah tahun 2009 ni bagi aku. Dari aku mula dulu kosong sampailah aku yang sekarang ni. Tapi masih banyak menda yang aku kena belajar & banyak juga menda yang aku kena perbaiki. So korang2 di luar tu sila2 la tegur @ kritik @ komen kalo ada yang tak betul, InsyaAllah aku akan perbaikinya. Untuk 2010 ni, semua orang pasti harapkan untuk terus maju ke hadapan. So macam tu jugak aku, aku akan berusaha untuk lebih ke hadapan pada 2010. Thanks kepada semua yang membantu aku selama ni. Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita ceburi. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Soon..

December 28, 2009

Teaser perkahwinan Effa & Nasran. Full entry menyusul kemudian. Masih dalam mood busy yang terlampau. Btw tinggal berapa hari je lagi aku akan pulang ke kelantan untuk semester baru. Aihhhhh.. Terasa sangat2 malas la nak belajar. Nak kena memerah otak semula tu yang malasnya. Tapi lagi malas nak kena bangun awal pagi la. Tak dapatla nak tidur lama2 waktu pagi & tidur lewat2 dah.. *sigh

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Wedding : Muna & Selamat

December 24, 2009





Agak-agak korang lah berapa umur pengantin ni? Sebenarnya muda lagi pengantin ni. Dua2 umur 22 sekarang ni. Awal gila dorang kawenkan? Tapi baguslah camtu, kalau dah jodoh tak kan nak tunggu lama2 pulak kan. Cuma bagi aku cam terlalu awal je nak kawen umur 22 tu. Aku sendiri tak ready lagi nak kawen. Bagi anak bini makan batu n pasir boleh lah kalau nak kawen sekarang ni. Hahahaha! Masa shoot dorang ni, mula2 malu2 je pengantin ni. Yelah, umur muda lagi kot. Tapi oklah bila dah lama2 jadi addicted pada bergambar pulak dorang ni. mana tak nya, kejap2 tanya pukul berapa nak outdoor? Rupanya tempat dorang ajak aku outdoor tu tempat pertama dorang dating masa cinta dulu. Tu yang tak sabar sangat nak bergambar. Aku pon suka jugak dorang camtu sebab senang kerja aku & cepat aku balik. Hohoho! So selamat pengantin baru untuk muna & selamat. Semoga kekal bahagia sentiasa. Terima kasih aku ucapkan untuk korang walaupon aku bermain lecah / becak / lecak (banyak sangat bahasanya) kat umah korang tu. hehehe.. crdt to ckin anggun collection..

ps : selamat hari natal kepada siapa yang menyambutnya.. 1 malaysia! :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone No : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Rumah Baru

December 23, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. Akhirnya berpindah juga aku ke photoblog baru ini dengan meninggalkan yang lama dengan berat hatinya. Tapi tak apalah. Boleh mulakan yang baru dengan bersungguh2. Semoga aku akan berusaha dengan lebih keras untuk terus maju ke hadapan. So sebagai entry permulaan untuk blog baru ni ialah teaser perkahwinan muna & selamat yang dilangsungkan di rumpun makmur, kuala krau pahang. Full entry akan menyusul kemudian. :)

ps : masih dalam pembinaan & pembikinan. harap maaf..

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone No : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes