Archive for January, 2010

Buruk tapi lawa..

January 24, 2010







Hujung minggu yang lepas sangat membosankan. Takde sebarang aktiviti yg menarik pon. Thanks la korang sebab membawa aku keluar dari kebosanan hari tu. Tapi serius penat! hahaha.. ok itu saje.. :)
crdt to sharimi, erin, zura & ice..

ps : bosan2 pon kerja tetap banyak.. *sigh..

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Norro & Anuar | 10.01.10

January 16, 2010












Ok. Aku da siap full update untuk majlis perkahwinan antara Norro & Anuar yang bertempat di Temerloh, Pahang. Majlis ini jugak menyebabkan aku memonteng kelas 1 hari sebab majlis ni berlangsung pada hari ahad, kat kelantan pulak hari ahad dah mula kelas & kerja. Susah betul kalau hari cuti lain nie. Habis je shoot pengantin ni terus aku balik rumah & siap2 untuk balik kelantan malam tu. Memang rushing semacam je aku hari tu. Tapi tak pe, asalkan aku puas hati pon dah cukup. Hilang rasa penat2 badan nie. Ha..rupanya pengantin perempuan ni merupakan kakak kepada kawan aku masa kat sekolah dulu. Hampir tak cam dah aku kawan aku tu sebab da 6-7 tahun da tak jumpa. Adik beradik dia pon ramai je yang sekolah sama dengan aku, tapi aku je tak kenal dorang. Apa-apa pon aku ucapkan terima kasih kepada keluarga pengantin perempuan terutama mak pengantin perempuan yang sangat sporting habis hari tu. Kepada Norro & Anuar, selamat pengantin baru & berbahagia sentiasa. crdt to Ckin Anggun Collection Temerloh.

ps : rindu sama temerloh! :D

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Norro & Anuar | Akad Nikah

January 15, 2010





Aku kasik up dulu majlis akad nikah pasangan Norro & Anuar yang bertempat di Temerloh Pahang. Nantikan untuk majlis bersanding & outdoor pulak. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Teaser..

January 11, 2010

Aku tak sempat nak full update lagi dalam masa terdekat ni. Saja nak bagi teaser lama2 kat korang yang datang kat blog aku ni. Hehehe.. Tengoklah kalau ada masa, cepatlah aku update. Tapi sekarang ni banyak kerja lain jugak yang kena buat. Dengan assignment lagi & komitmen lain, fuh! Pecah kepala otak aku ni. Kan bagus kalau aku ada banyak tangan & seangkatannya, cepatlah jugak siap kerja2 aku ni..

ps : jangan tangguh2 kerja tau andaq!

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Kembali normal..

January 5, 2010

Kehidupan aku dah kembali seperti normal semula. Pagi2 dah kena bukak mata luas2 sampailah petang baru boleh tidur semula. Pagi2 dah kena memerah otak untuk terima ilmu yang sejujurnya aku teramat malas nk terima sebab otak ni masih dalam mood bercuti. Hehehe. Terasa tertekan pulak bila fikir pagi2 dah kena bangun, tak macam waktu cuti boleh bangun tengahari tiap2 hari. Malam2 pulak kena tidur awal, tak macam waktu cuti boleh tidur lewat & ‘ngeteh’ dengan member sampai pagi buta. Susah betul nak tukar waktu ni rupanya… *sigh

ps : keluhan tika saat bosan..

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


2009 + 1 = 2010 :)

January 1, 2010



Alhamdullilah dah masuk ke tahun 2010 dah. Makin bertambah usia semua orang termasuk aku. Aku rasa baru je lagi aku 1.1.2009, tapi sekarang da 1.1.2010. Terasa sangat sekejap je setahun tu. Dalam diam2 kita tak sedar pon yang masa ni berlalu kan. Tapi kalau dalam kelas yang aku tak suka tu, terasa sangat2 lama plak. huhuhuhu. Sedar tak sedar jugak aku pon dah habis cuti sem. Rasa sekejap sangat cuti 6minggu ni. Aku nak cuti lagi laaaa.. aihhhh.. Esok dah nak balik kelantan dah. Malasnya weiiii!! Btw sem depan aku rasa lagi mencabar kot untuk aku sebab aku akan ada praktikal kat sekolah. Macam mana lah aku nak jadi cikgu ni nanti. Diri aku ni langsung tak bersedia lagi. Aduhaiiii.. Jaga korang budak2 kalau nakal, siap! :D Ok, selamat tahun baru 2010 untuk semua. Semoga 2010 akan menjadi lebih baik kepada kita semua. Laksanakan apa yang dah di azamkan ok.. :)
crdt to : azuan & anep

ps : aku tak penah ada azam..tolong beri aku azam bole???~~

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes