Posts Tagged ‘bosan’

Salam Ramadhan 1431H

August 17, 2010


Alhamdullilah syukur hari ni dah hari ke7 umat islam di Malaysia berpuasa. Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. Dan selamat berpuasa juga bagi yang wajib puasa dan mampu berpuasa. InsyaAllah bulan yang baik dan mulia ni sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kebajikan dan kebaikan kerana sesungguhnya balasan pahala amalan sunat di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib, sementara amalan wajib akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. MasyaAllah! Cukup indahkan Islam ni. Cuma tuhan tak tunjuk je pahala tu depan mata kita. Cuba bayangkan kalau pahala tu umpama duit ada depan mata, dah pasti semua orang akan kutip duit tu sebanyak mungkin untuk menjadi kaya. Semoga kita semua dapat beribadat kepadaNYA dengan hati yang ikhlas dan tawaduk..












Minggu ni juga minggu terakhir aku berpraktikal di SK Seri Chempaka untuk kali keduanya. Alhamdulillah selama 8minggu aku berada kat sekolah ni semuanya ok dan seronok juga. Sekarang ni pon dah teras sedih pulak nak tinggalkan sekolah tu & rasa malas nak masuk IPG pon ada juga ni sebab dah seronok jadi cikgu tetiba nak kena jadi student semula memang 1 perkara yang tak indah langsung. Apa-apapon aku ucapkan terima kasih bebanyak khususnya kepada semua murid-murid yang aku ajar dan amnya kepada semua murid dan guru SKSC sebab dah banyak membantu aku sepanjang kat sana. Mesti lepas ni aku akan rindukan murid-murid aku terutama budak2 2b1, 2b3 & 5b2. Walaupon sepanjang praktikal ni aku ada terasa & marah dengan dorang lagi-lagi waktu aku kene observe, tapi tanpa dorang memang tak lancar la praktikal aku. InsyaAllah ada masa lagi cikgu ajar korang semua lagi & semoga berjumpa lagi nanti.. Thanks warga SKSC :)

ps : aku rindukan temerloh!!

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : naimaisamuddin@gmail.com | andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
FB : Naim Aisamuddin Abdul Razak
ym : itikserama


Sugar Glider

July 23, 2010












SUGAR GLIDER INFO:
Nama saintifik : Petaurus breviceps
Asal : Australia, Papua New Guinea & Indonesia.
Keturunan : Kangaroo ( betina ada poket macam kangaroo untuk letak baby SG )
Jenis : Exotic Animal
Jangka Hayat : 10-15tahun (info dari internet, tak pasti betul tak)

Hari ni aku nak ceritakan pasal anak aku iaitu seekor SG (sugar glider) atau name yg aku beri “Chupmunk”. Nama panggilan pon ada tau, aku panggil ‘mamunk’ je selalu. Aku dah bela mamunk ni 7bulan dah dari hujung tahun lepas lagi. Sekarang ni dalam proses nak menjadi matang la minah kecik tu. Betina lambat sikit matang berbanding jantan. Kalau jantan 5-6bulan dah matang, tapi betina 8-10bulan baru matang. Sepanjang aku jaga & bela & didik sugar glider nie, serius aku cakap sugar glider ni macam manusia yang sangat-sangat sensitif. Sensitif maksud aku tu macam sugar glider tak suka diganggu bila tidur. SG akan marah2 macam barking bila terasa terganggu. Hari pertama aku bela, aku rasa nak buang je SG aku ni sebab garang gila2 la. Sampai nak pegang pon aku rasa takut lagi2 bila dia marah. Tapi tulah aku cakap, SG ni macam manusia yang perlukan belaian & didikan jugak. Adelah dalam sebulan baru aku dapat jadikan SG aku ni baik & manja dengan aku. Hari2 aku akan belai dia, main-main dengan dia supaya SG dapat cam bau badan tuan dia. So bila dia dah cam tuannya, dia akan jadi binatang yang sangat2 manja. Macam sekarang, punya la manja SG aku ni, sampaikan tiap kali aku main-main dengan dia mesti rasa nak makan je or picit2 dia sebab kecomelan n kemanjaan die tu buat aku jadi geram. Hahaha! :P

Dari segi penjagaan, aku rasa tak susah pon nak jaga sebab siang dia akan tidur jer. Waktu malam jela waktu untuk luangkan masa dengan SG ni. Untuk sape2 nak bela SG ni, kene sediakan masa la sikit untuk SG anda ye sebab SG kan macam manusia, dia perlukan belaian & tumpuan dari tuannya. Kalau tak, SG akan rasa stress & akan cepat mati. Jadi elakkan SG dr rasa stress, baru dia akan happy go lucky selalu.. :) Untuk makanan pulak, takdelah mahal mana pon nak belikan makanan untuk dia. SG ni makan epal, pear, buah naga, sayur-sayur macam sengkuang, madu, & yang manis-manis la sebab SG suka makanan yang manis. Ulat kecik / mealworm pon SG makan untuk sumber protein dia. Kena tengok jugak makanan yg diberi sebab SG ni perlukan makanan yg seimbang mcm protein, kalsium, vitamin n lain-lain la. Yogurt pon aku beri kat SG aku. Tapi SG aku makanan utama dia skrg ni roti gardenia yang dicelup dalam air kosong campur madu. Memang suka gila-gila dia makan. Mealworm pulak aku beri dalam 5-10 ekor sehari & jus epal pon aku beri. Macam2 makanan la yg aku beri supaya SG tak bosan dgn makanan dia. Baru la dia happy selalu. Ade macam bela anak x? hahaha

SG ni sebenarnya tak elok bela sekor2 jer. Paling kurang kena bela scara berpasangan. Barulah SG tu tak bosan. Macam manusia jugakla, perlukan pasangan untuk hidup. Kalau tak mula bosan jer kan.. Tapi aku pon bela sekor2 je cuma pasangannya aku da carikan. Tunggu masa nak kawen kan dorang & dapatkan baby untuk SG aku & cucu kepada aku. hahaha.. Cage pon seeloknya beli la yang 3kaki punya supaya SG senang nak main-main waktu kita tidur. Jadi untuk sape2 nak bela SG tu, permulaan je mahal sikit kos sebab harga seekor baby SG pon paling murah rm200. Cage & aksesori lain macam pouch jalan2, pouch tidur & makanan dia ade dlm 200++ jugak. Jadi untuk sapa2 yang nak cuba bela SG, boleh la pergi kat petshop yer..Tak pon google kat internet kat mana jual SG nie. Kot2 nak tukar selera dari bela binatang lain ke bela SG pulak.. So tu jelah sedikit info dari aku pasal sugar glider nie.. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : naimaisamuddin@gmail.com | andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
FB : Naim Aisamuddin Abdul Razak
ym : itikserama


Gadis Melayu

April 28, 2010










Tak ade apa yang nak diupdate pon. Cuma nak letak gambar yang diambil baru-baru nie masa kuar explore negeri kelantan nie. Selama 4tahun dah aku study kat kelantan nie, tapi jarang sangat ade masa nak jalan2 cari tempat menarik nak shoot. Cuma hari tu kebetulan ternampak tempat ni, so plan nak shoot terus datang. Serius lawa tempat nie. Dengan pokok kelapanya, pastu ade bot2 nelayan..perghhh.. Style je rase walaupon pemandangan desa gitu.. Cuma aku silap timing je waktu shoot sebab sepatutnya pergi waktu pagi lagi cantik cuacanya, cuma paham2 jela nak bangun pagi waktu cuti memang payah sikit. hahaha! BTW thanks zura, tina & nana sebab korang memang suka-suka & merelakan diri nak jadi orang yang dishoot hari tu.. :P

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Ada jugak peluang untuk aku update blog hari ni. Ni pon sebab kelantan cuti 2hari sempena keputeraan sultan kelantan. Kalau tak memang susah sikitlah aku nak update blog sebab kerja2 aku sekarang sangat banyak. Sejak aku masuk praktikal kat sekolah ni, macam2 kerja dapat. Semalam baru je lepas handle hari sukan sekolah. Penat tu jangan cakaplah sebab memang teramat2 penat lagi2 hari sukan sekolah tu pelik, dari pagi sampai ptg. Tak pernah lagi aku tgk mana2 sekolah yang hari sukan dari pagi sampai petang. Selalunya tengahari dah habis dah. Punya la banyak acaranya pastu dengan perangai murid2 yang susah nak dengar cakap. Nak kena tinggikan suara & jerit2 barulah nak dengar cakap. Tu pon sekejap je dengarnya, pastu buat semula. Patotlah orang cakap kerja cikgu ni memang banyak stress. So far aku seminggu kat SK Seri Chempaka, Kelantan ni takde lah masalah sangat. Dalam kelas pon aku dapat handle budak supaya dorang ikot cakap aku. Muka memang kena bengis & garanglah, baru budak takut & aku pon tak kena pijak kepala dek budak2 nie. Lagi2 aku ajar pj, budak2 ni tau nak main jer. Asyik cakap nak main bola jerr kerja dorang. Naik geram aku dengarnya. Huhuhu.. Tapi menariknya budak sekarang ni, darjah 4 pon dah ade facebook tau. Memang canggih lah budak2 sekarang nie. Aku kecik2 dulu pon tak de tau ape2 pon pasal internet nie. Tau pon main game kat CC jer. Tu pon game virtualcops jer. hahaha! lucu plak ingat zaman kecik dulu..








Ni majlis perkahwinan Saadiah & Hafiz. Tapi yang menarik job ni sebab aku dapat tahu pasal job ni last minute! Dah lah aku kat KL waktu tu. Memang menggelabah kejap aku sebab tak charge bateri ape pon lagi. Pantas2 je aku charge yang mane cukup then balik temerloh terus petang tu. Sampai rumah sempat mandi2 then terus ke rumah pengantin untuk akad nikah malamnya. Memang tak sempat rehat apalah aku waktu tu. Btw thanks a lot kat saadiah & hafiz. Semoga berbahagia selamanya.. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Kerja Semasa

March 7, 2010

Teaser 1 : Wedding Hazran & Ramlan | 20.02.2010

Teaser 2 : Outdoor Genting Highlands | 26.02.2010

Teaser 3 : Wedding Julie & Azman | 06.03.2010

Akan diupdate kelak. Sekarang masa belum menyebelahi aku sebab aku betul2 dalam keadaan yang sangat sibuk dengan kerja & asgment aku yang berlambak-lambak yang datang pada masa yang sama. Sekarang waktu untuk kejar masa! :)

ps : baru aku tau masa itu emas sebenarnya. huhuhu~

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Kosong

February 25, 2010


Tidak ada sesuatu yang bererti datang dengan mudah. Separuh usaha tidak bererti menghasilkan separuh hasil ataupun tidak memberikan hasil sama sekali. Bekerja, bekerja terus dan bekerja keras adalah satu-satunya jalan bagi memperoleh hasil pada akhirnya.

ps : saat2 tekanan memuncak dah tiba.. *sigh~

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Yana & Badrul | 14.02.2010

February 18, 2010










Majlis Perkahwinan Yana & badrul | 14.02.2010 | Temerloh

ps : anep, aku kasik up dulu yerr..bosan2.. :D

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Hanyalah penyeri

February 4, 2010



Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku..

ps : semoga hidup ini terus diberkati.. Amin.. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes