Posts Tagged ‘group photo’

















Okay, dapat jugak aku curi masa waktu exam ni untuk update blog. Tinggal 2 paper je lagi untuk merdeka sem nie. Then ada 3sem lagi sebelum aku bergelar guru pulak.. So berbalik ke majlis perkahwinan yang telah menyebabkan aku mandi peluh yang amat sangat. Mana taknya, dengan tetamu yang datang majlis tu sangat ramai sebab dua pasangan pengantin serentak jadi sah ramai yang family tu jemput tetamu datang. Then nak shoot dua2 pasangan, memang satu kerja yang memenatkan tapi sangat seronok! Thanks to Mira, Fiqri, Azrai & Meri atas kerjasama baik dari korang. Memang best shoot korang! sangat sporting! Semoga berbahagia sampai anak cucu. Selamat pengantin baru jugak aku ucapkan! :)

Ps : sangat rindukan rodong2(kawan2) kat temerloh! :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Coming soon..

May 20, 2010


Saja aku nak up satu gambar dulu. Hehehe. Takda masa pon lagi nak up banyak2 gambar lagi. Sekarang musim exam aku ni. Tinggal 3 paper lagi nak diperjuangkan nie. Then boleh cuti & lakukan aktiviti yang paling aku suka iaitu melepak dengan kawan2 aku kat temerloh. oh happy~~ :) So tunggu la ade masa dalam minggu exam ni aku nak update jgk. Terasa rajen sebenarnya. tapi malas.. ahhh camna tu???huhuhuh.. ok sambung nanti.. daaa~

ps : tangan gatal nak update walaupon sikit.. :P

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Terima Kasih Cikgu

May 16, 2010


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG – 1979

Aku ucapkan terima kasih dan selamat hari guru kepada semua golongan pendidik di seluruh malaysia terutama sekali kepada semua guru-guru, pensyarah-pensyarah dan sesiapa saja yang pernah memberikan aku ilmu yang berguna. terima kasih semua..
1. Prasekolah SK Permatang Badak Kuantan (1993)
2. Tadika Abim Sungai Isap Kuantan (1994)
3. SK Permatang Badak Kuantan (1995-1996)
4. SK Sungai Isap Kuantan (Jan-Mac 1997)
5. SK Jalan Bahagia Temerloh (1997-2000)
6. SMK Seri Bahagia Temerloh (Jan 2001)
7. Abu Bakar School Temerloh (2001-2005)
8. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (2006-2011)
9. 2012 – aku jadi cikgu! :D


Teaser  Azrai + Mery   &   Fiqri + Mira

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Gadis Melayu

April 28, 2010










Tak ade apa yang nak diupdate pon. Cuma nak letak gambar yang diambil baru-baru nie masa kuar explore negeri kelantan nie. Selama 4tahun dah aku study kat kelantan nie, tapi jarang sangat ade masa nak jalan2 cari tempat menarik nak shoot. Cuma hari tu kebetulan ternampak tempat ni, so plan nak shoot terus datang. Serius lawa tempat nie. Dengan pokok kelapanya, pastu ade bot2 nelayan..perghhh.. Style je rase walaupon pemandangan desa gitu.. Cuma aku silap timing je waktu shoot sebab sepatutnya pergi waktu pagi lagi cantik cuacanya, cuma paham2 jela nak bangun pagi waktu cuti memang payah sikit. hahaha! BTW thanks zura, tina & nana sebab korang memang suka-suka & merelakan diri nak jadi orang yang dishoot hari tu.. :P

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama












Update ke3 untuk hari ini. Tinggal nak update 1 lagi post lepas ni untuk hari ni kalau sempatlaa.. Ok ni outdoor kat genting highland dengan farah, ika, fatin zul, mek sue n sorang lagi ni sape tah aku xingat pulak namenya. sory yer! n tak lupa jugak kat fatasya sebab join hari tu. btw thanks sangat2 kat korang semua untuk 2hari aku brsama korang. enjoy! :) crdt utk korang semua! next sem mane pulak???hehehehe :P

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Kerja Semasa

March 7, 2010

Teaser 1 : Wedding Hazran & Ramlan | 20.02.2010

Teaser 2 : Outdoor Genting Highlands | 26.02.2010

Teaser 3 : Wedding Julie & Azman | 06.03.2010

Akan diupdate kelak. Sekarang masa belum menyebelahi aku sebab aku betul2 dalam keadaan yang sangat sibuk dengan kerja & asgment aku yang berlambak-lambak yang datang pada masa yang sama. Sekarang waktu untuk kejar masa! :)

ps : baru aku tau masa itu emas sebenarnya. huhuhu~

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com
ym : itikserama


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes