Ada jugak peluang untuk aku update blog hari ni. Ni pon sebab kelantan cuti 2hari sempena keputeraan sultan kelantan. Kalau tak memang susah sikitlah aku nak update blog sebab kerja2 aku sekarang sangat banyak. Sejak aku masuk praktikal kat sekolah ni, macam2 kerja dapat. Semalam baru je lepas handle hari sukan sekolah. Penat tu jangan cakaplah sebab memang teramat2 penat lagi2 hari sukan sekolah tu pelik, dari pagi sampai ptg. Tak pernah lagi aku tgk mana2 sekolah yang hari sukan dari pagi sampai petang. Selalunya tengahari dah habis dah. Punya la banyak acaranya pastu dengan perangai murid2 yang susah nak dengar cakap. Nak kena tinggikan suara & jerit2 barulah nak dengar cakap. Tu pon sekejap je dengarnya, pastu buat semula. Patotlah orang cakap kerja cikgu ni memang banyak stress. So far aku seminggu kat SK Seri Chempaka, Kelantan ni takde lah masalah sangat. Dalam kelas pon aku dapat handle budak supaya dorang ikot cakap aku. Muka memang kena bengis & garanglah, baru budak takut & aku pon tak kena pijak kepala dek budak2 nie. Lagi2 aku ajar pj, budak2 ni tau nak main jer. Asyik cakap nak main bola jerr kerja dorang. Naik geram aku dengarnya. Huhuhu.. Tapi menariknya budak sekarang ni, darjah 4 pon dah ade facebook tau. Memang canggih lah budak2 sekarang nie. Aku kecik2 dulu pon tak de tau ape2 pon pasal internet nie. Tau pon main game kat CC jer. Tu pon game virtualcops jer. hahaha! lucu plak ingat zaman kecik dulu..







Ni majlis perkahwinan Saadiah & Hafiz. Tapi yang menarik job ni sebab aku dapat tahu pasal job ni last minute! Dah lah aku kat KL waktu tu. Memang menggelabah kejap aku sebab tak charge bateri ape pon lagi. Pantas2 je aku charge yang mane cukup then balik temerloh terus petang tu. Sampai rumah sempat mandi2 then terus ke rumah pengantin untuk akad nikah malamnya. Memang tak sempat rehat apalah aku waktu tu. Btw thanks a lot kat saadiah & hafiz. Semoga berbahagia selamanya..
Regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama











