Posts Tagged ‘outdoor’

Salam Ramadhan 1431H

August 17, 2010


Alhamdullilah syukur hari ni dah hari ke7 umat islam di Malaysia berpuasa. Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. Dan selamat berpuasa juga bagi yang wajib puasa dan mampu berpuasa. InsyaAllah bulan yang baik dan mulia ni sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kebajikan dan kebaikan kerana sesungguhnya balasan pahala amalan sunat di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib, sementara amalan wajib akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. MasyaAllah! Cukup indahkan Islam ni. Cuma tuhan tak tunjuk je pahala tu depan mata kita. Cuba bayangkan kalau pahala tu umpama duit ada depan mata, dah pasti semua orang akan kutip duit tu sebanyak mungkin untuk menjadi kaya. Semoga kita semua dapat beribadat kepadaNYA dengan hati yang ikhlas dan tawaduk..












Minggu ni juga minggu terakhir aku berpraktikal di SK Seri Chempaka untuk kali keduanya. Alhamdulillah selama 8minggu aku berada kat sekolah ni semuanya ok dan seronok juga. Sekarang ni pon dah teras sedih pulak nak tinggalkan sekolah tu & rasa malas nak masuk IPG pon ada juga ni sebab dah seronok jadi cikgu tetiba nak kena jadi student semula memang 1 perkara yang tak indah langsung. Apa-apapon aku ucapkan terima kasih bebanyak khususnya kepada semua murid-murid yang aku ajar dan amnya kepada semua murid dan guru SKSC sebab dah banyak membantu aku sepanjang kat sana. Mesti lepas ni aku akan rindukan murid-murid aku terutama budak2 2b1, 2b3 & 5b2. Walaupon sepanjang praktikal ni aku ada terasa & marah dengan dorang lagi-lagi waktu aku kene observe, tapi tanpa dorang memang tak lancar la praktikal aku. InsyaAllah ada masa lagi cikgu ajar korang semua lagi & semoga berjumpa lagi nanti.. Thanks warga SKSC :)

ps : aku rindukan temerloh!!

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : naimaisamuddin@gmail.com | andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
FB : Naim Aisamuddin Abdul Razak
ym : itikserama


Sugar Glider

July 23, 2010












SUGAR GLIDER INFO:
Nama saintifik : Petaurus breviceps
Asal : Australia, Papua New Guinea & Indonesia.
Keturunan : Kangaroo ( betina ada poket macam kangaroo untuk letak baby SG )
Jenis : Exotic Animal
Jangka Hayat : 10-15tahun (info dari internet, tak pasti betul tak)

Hari ni aku nak ceritakan pasal anak aku iaitu seekor SG (sugar glider) atau name yg aku beri “Chupmunk”. Nama panggilan pon ada tau, aku panggil ‘mamunk’ je selalu. Aku dah bela mamunk ni 7bulan dah dari hujung tahun lepas lagi. Sekarang ni dalam proses nak menjadi matang la minah kecik tu. Betina lambat sikit matang berbanding jantan. Kalau jantan 5-6bulan dah matang, tapi betina 8-10bulan baru matang. Sepanjang aku jaga & bela & didik sugar glider nie, serius aku cakap sugar glider ni macam manusia yang sangat-sangat sensitif. Sensitif maksud aku tu macam sugar glider tak suka diganggu bila tidur. SG akan marah2 macam barking bila terasa terganggu. Hari pertama aku bela, aku rasa nak buang je SG aku ni sebab garang gila2 la. Sampai nak pegang pon aku rasa takut lagi2 bila dia marah. Tapi tulah aku cakap, SG ni macam manusia yang perlukan belaian & didikan jugak. Adelah dalam sebulan baru aku dapat jadikan SG aku ni baik & manja dengan aku. Hari2 aku akan belai dia, main-main dengan dia supaya SG dapat cam bau badan tuan dia. So bila dia dah cam tuannya, dia akan jadi binatang yang sangat2 manja. Macam sekarang, punya la manja SG aku ni, sampaikan tiap kali aku main-main dengan dia mesti rasa nak makan je or picit2 dia sebab kecomelan n kemanjaan die tu buat aku jadi geram. Hahaha! :P

Dari segi penjagaan, aku rasa tak susah pon nak jaga sebab siang dia akan tidur jer. Waktu malam jela waktu untuk luangkan masa dengan SG ni. Untuk sape2 nak bela SG ni, kene sediakan masa la sikit untuk SG anda ye sebab SG kan macam manusia, dia perlukan belaian & tumpuan dari tuannya. Kalau tak, SG akan rasa stress & akan cepat mati. Jadi elakkan SG dr rasa stress, baru dia akan happy go lucky selalu.. :) Untuk makanan pulak, takdelah mahal mana pon nak belikan makanan untuk dia. SG ni makan epal, pear, buah naga, sayur-sayur macam sengkuang, madu, & yang manis-manis la sebab SG suka makanan yang manis. Ulat kecik / mealworm pon SG makan untuk sumber protein dia. Kena tengok jugak makanan yg diberi sebab SG ni perlukan makanan yg seimbang mcm protein, kalsium, vitamin n lain-lain la. Yogurt pon aku beri kat SG aku. Tapi SG aku makanan utama dia skrg ni roti gardenia yang dicelup dalam air kosong campur madu. Memang suka gila-gila dia makan. Mealworm pulak aku beri dalam 5-10 ekor sehari & jus epal pon aku beri. Macam2 makanan la yg aku beri supaya SG tak bosan dgn makanan dia. Baru la dia happy selalu. Ade macam bela anak x? hahaha

SG ni sebenarnya tak elok bela sekor2 jer. Paling kurang kena bela scara berpasangan. Barulah SG tu tak bosan. Macam manusia jugakla, perlukan pasangan untuk hidup. Kalau tak mula bosan jer kan.. Tapi aku pon bela sekor2 je cuma pasangannya aku da carikan. Tunggu masa nak kawen kan dorang & dapatkan baby untuk SG aku & cucu kepada aku. hahaha.. Cage pon seeloknya beli la yang 3kaki punya supaya SG senang nak main-main waktu kita tidur. Jadi untuk sape2 nak bela SG tu, permulaan je mahal sikit kos sebab harga seekor baby SG pon paling murah rm200. Cage & aksesori lain macam pouch jalan2, pouch tidur & makanan dia ade dlm 200++ jugak. Jadi untuk sapa2 yang nak cuba bela SG, boleh la pergi kat petshop yer..Tak pon google kat internet kat mana jual SG nie. Kot2 nak tukar selera dari bela binatang lain ke bela SG pulak.. So tu jelah sedikit info dari aku pasal sugar glider nie.. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : naimaisamuddin@gmail.com | andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
FB : Naim Aisamuddin Abdul Razak
ym : itikserama














Takde apa yang aku nak taipkan untuk entry kali nie. Apa2pon thnks kepada fiza & halim sebab sanggup berpanas masa sesi outdoor. Tapi aku tengok korang tak peluh pon, tapi aku yang lebih2 peluh jer. huhuhuhu..
Haaa.. untuk setakat ni sekolah untuk aku praktikal masih lagi ok & terkawal. Cuma aku pon ada jugak naik angin dengan budak-budak sekolah ni. Dah pandai melawan cakap pulak tuu. 1 lagi, masa aku jaga exam dorang, tak sangka aku budak darjah dua pon dah pandai meniru sekarang nie. Fuhhh tak sangka gila. Tapi silap la budak tu nak meniru sbb yang jaga exam dorang tu lagi selalu meniru waktu sekolah dulu. Hahaahhaa! :)

ps : habis worldcup ni sah rasanye tak tengok tv sangatkan..

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Sem baru dah bermula untuk aku. Awal-awal sem dah kena masuk sekolah untuk praktikal untuk kali kedua. Kali ni praktikal selama 2bulan pulak. Memang penat lah aku pasni dengan kena tulis lesson plan yang memenatkan tu. Penat weyyy nak tulis lesson plan. Paling kurang 4helai kertas untuk 1 sesi kelas. Nasib aku dapat sekolah yang sem lepas punya sekolah lagi. So takdelah aku rasa kekok untuk masuk sekolah tuh. Jadual pon dah dapat & aku kena ajar budak2 yg dulu lagi. Ingatkan dapatlah ubah kelas lain, barulah xbosan ajar kelas sama jer tapi takpelah. Ajar budak2 dulu pon ok sebab dah kenal dorang macam mana.. Fuh tak dapat bayang 2bulan kene duk kat sekolah. Seminggu ni pon aku dah rasa bosan gila2 dah duk sekolah, belum mengajar betul2 lagi nanti. Takpe2, tanamkan rasa cinta untuk sekolah! huhuhuhu..

Btw tahniah aku ucapkan untuk Zanuma & Abu atas perkahwinan korang. Zanuma ni sebenarnya kawan kepada Noraznita yang entry lepas tu. Dorang ni satu sekolah, so dua2 hired aku untuk bigday dorang. Pepon selamat pengantin baru aku ucapkan untuk korang berdua & semoga berbahagia selamanya. Terima kasih atas layanan korang sepanjang majlis korang tu.. Enjoyyy! :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama












Majlis Bertandang Abu Salam + Noraznita | 6 Jun 2010

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama













Untuk Noraznita & Abu Salam, aku ucapkan selamat pengantin baru untuk korang berdua. Semoga cepat2lah dapat baby yer.. :) Btw kenangan jugak untuk aku sebab 1st time aku rasa nyamuk tak penah takut dengan manusia. Baru aku tau kat ladang getah banyak nyamuk waktu petang huhuhuhu. Masa outdoor kat ladang getah tu, beratus-ratus nyamuk serang kami semua. Halau pon nyamuk2 tu tak takut jgk. Punyalah sangap darah nyamuk2 tu semua. Memang badan2 ni penuh merah2 & gatal2 la. Thanks tu ita & salam sebab sangup menggatalkan diri kena gigit nyamuk bersama2 yer.. next entry untuk belah laki plak :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama














Enjoy & happening sangat2! itu yang aku dapat gambarkan pasal wedding zura n jay nie. Dorang merupakan pasangan yang sangat2 sporting gila laa.. plus family dorang pon tersangat2 happy n sporting. Semua gila kamera dorang nie. Pantang nampak kamera, terus posing tanpa suruh hahahaha! :) Memang betul2 enjoy la shoot wedding dorang. Tersangat2lah terima kasih aku ucapkan untuk korang & seluruh family sebab buatkan aku sendiri jadi sangat syok & enjoy je shoot biarpon penat tapi kepuasan hati tu yang lagi penting. Semoge hubungan perkahwinan korang kekal sampai bila2. Dapat baby jangan lupa roger2 kami ya. Crdt to Hanif Ramli, Apis Zainal & Hariri jgk. :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


















Okay, dapat jugak aku curi masa waktu exam ni untuk update blog. Tinggal 2 paper je lagi untuk merdeka sem nie. Then ada 3sem lagi sebelum aku bergelar guru pulak.. So berbalik ke majlis perkahwinan yang telah menyebabkan aku mandi peluh yang amat sangat. Mana taknya, dengan tetamu yang datang majlis tu sangat ramai sebab dua pasangan pengantin serentak jadi sah ramai yang family tu jemput tetamu datang. Then nak shoot dua2 pasangan, memang satu kerja yang memenatkan tapi sangat seronok! Thanks to Mira, Fiqri, Azrai & Meri atas kerjasama baik dari korang. Memang best shoot korang! sangat sporting! Semoga berbahagia sampai anak cucu. Selamat pengantin baru jugak aku ucapkan! :)

Ps : sangat rindukan rodong2(kawan2) kat temerloh! :)

Regards,

Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Photographer | S.O.S
Phone : 014-5005458 / 012-9483909
Email : andaq@storyofsouls.com | itikserama@yahoo.com
ym : itikserama


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes